Ini adalah baju melayu customer yang siap bulan lepas.saya tak sempat upload gambar kerana terlalu sibuk menyiapkan tempahan baju..Maklum lah Raya tak lama lagi ..Baju Melay warna hijau muda.
Seluar baju melayu..separuh getah separuh kain keras..zip di tengah.poket dua belah kiri dan kanan..
Selamat pagi Malaysia..Alhamdulillah..sekali lagi saya sudah pun menyiap sepasang baju melayu dari seorang customer dari kuching..Terimakasih tak terhingga saya kerana beri kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan baju melayu ini..Ini adalah kali kedua dia hantar kain untuk tempahan baju melayu..Bukan sepasang tapi 2 pasang..Alhamdulillah...Baju Melayu bersambung di bahu dan seluar slex..Bahagian pinggang seluar separuh bakrum dan separuh getah..Poket sebelah kiri dan kanan dan berzip di depan..Sebenarnya saya jarang membuat seluar seperti ini..Selalunya dapat tempahan seluar semuanya keliling pinggang bergetah...Ingatkan susah rupanya senang bila nak menjahit...heheheh..dah nama tukang jahit kan?
Insyallah..kalau tak ada masalah saya akan menyiapkan sepasang lagi baju melayu berwarna hijau..Baju yang dah siap berwarna marron kat bawah nie..
Kesemua gambar di bawah ini adalah sebahagian baju melayu yang saya jahit tahun ini 2013..